bECOME mY fOLLOWER

dAily iNspiration..

dAily iNspiration..

"if i find 10000 ways something won't work, i haven't failed. i am not discouraged, because every wrong attempt discarded is another step forward"
-Thomas A. Edison-

iklan

Monday 28 March 2011

Muka depan bErita hArian - 28/3/2011

Impak Lautan Biru
Kerjasama ATM, PDRM jimatkan kos operasi cegah jenayah


KLUANG: Datuk Seri Najib Razak yakin penerapan strategi Lautan Biru dalam enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) mampu mengurangkan kos dan menghasilkan objektif pada tahap maksimum untuk manfaat rakyat dan negara.
Perdana Menteri berkata, ketika ini, corak pemikiran di luar kotak menerusi strategi berkenaan diterapkan menerusi NKRA pertama iaitu ke arah mengurangkan kadar jenayah di seluruh negara.
"Kita sedang fikirkan kaedah bagaimana aplikasi Lautan Biru dalam NKRA lain di mana objektif boleh dicapai dengan kos minimum yang lebih ketara berbanding menggunakan pemikiran konvensional seperti dilaksanakan menerusi perjanjian antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengurangkan kadar jenayah.

“Dengan penjimatan ini, kita boleh gunakan untuk melaksanakan projek tambahan lain,” katanya selepas melancarkan program pemulihan dan perasmian Pusat Pemulihan Pemasyarakatan yang menempatkan 200 banduan di Kem Mahkota di sini, semalam.

Enam NKRA yang digariskan adalah mengurangkan jenayah, memerangi rasuah, meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan, meningkat taraf hidup rakyat berpendapatan rendah, memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman serta menambah baik pengangkutan awam.

Hadir sama Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hasan dan Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman.
Perdana Menteri berkata, ketika ini, ATM dan PDRM bekerjasama untuk mengawal sempadan dan kawasan panas di bandar, latihan rekrut PDRM diadakan di pusat latihan ATM dan menerapkan anggota tentera pencen sebagai anggota polis.

“Langkah ini perubahan baru berbanding dulu apabila dua pasukan keselamatan ini saling mencemburui dengan masing-masing menjaga rapi serta melaksanakan tugas mereka dengan baik,” katanya.

Mengenai pusat berkenaan, Najib berkata, penubuhannya bagi mengelak banduan jenayah ringan berhubung dengan penjenayah tegar seperti di penjara hingga menyebabkan berlakunya kemasukan semula ke penjara.

Katanya, menerusi fasa pertama itu, 1,200 banduan jenayah ringan akan ditempatkan di empat kem iaitu di Kem Syed Sirajuddin di Gemas, Negeri Sembilan dan Kem Tok Jalai di Alor Star, Kedah; Kem Batu 10, 4 Briged Mekanis di Kuantan, Pahang dan Kem Desa Pahlawan di Kok Lanas, Kelantan.

“Jika kita bina penjara baru, kosnya sehingga RM60 juta, berbanding pembinaan pusat seperti ini dengan kos RM4.5 juta.

“Banduan di sini juga akan didedahkan pelbagai kemahiran hidup,” katanya sambil menambah mereka akan diberi elaun harian.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, projek perintis itu tidak menjejaskan sistem pentadbiran sedia ada antara kedua-dua kementerian yang terbabit dan ia akan diteruskan dalam beberapa projek lain.

Hishammuddin pula menganggap program yang membabitkan banduan muda itu adalah idea Perdana Menteri bagi mengelak banduan jenayah ringan terpengaruh dengan banduan tegar, selain dapat menyesuaikan diri dengan situasi semasa sebelum dibebaskan.

Oleh Norfatimah Ahmad dan Azidan Nahar
bhnews@bharian.com.my
2011/03/27


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...